|
Mengenai Kami
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Selamat datang ke Sistem SISPAA KSM. Sistem SISPAA KSM adalah saluran atas talian untuk menguruskan aduan, pertanyaan serta cadangan daripada orang awam berkenaan Kementerian. Skop Kementerian Sumber Manusia (KSM) merangkumi aduan terhadap sistem penyampaian dan perkhidmatan KSM iaitu:
i. Kelewatan/tiada tindakan oleh pihak KSM;
ii. Tindakan tidak adil oleh pihak KSM;
iii. Kekurangan kemudahan awam yang disediakan oleh pihak KSM;
iv. Kepincangan perlaksanaan dasar dan kelemahan undang-undang oleh pihak KSM;
vi. Salah laku pegawai KSM;
vi. Kegagalan pihak KSM mengikut prosedur yang ditetapkan;
vii. Kegagalan penguatkuasaan oleh pihak KSM ; dan
viii Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan oleh pihak KSM.
Sila pastikan maklumat diisi dengan lengkap untuk memudahkan pengurusan aduan anda.
Terima kasih kerana mengakses sistem ini. Komen serta aduan anda amat penting untuk meningkatkan mutu perkhidmatan KSM.
|
|
|
|
|